Kami, Pengamal-pengamal Keselamatan Pengangkutan dan Jalanraya di Malaysia sepakat bagi menubuhkan :

Persatuan Keselamatan Jalanraya dan Pengangkutan Malaysia atau MALAYSIAN ROAD and TRANSPORTATION SAFETY ASSOCIATION (MRTSA).

Didaftarkan dibawah Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 01 April 2017 dengan nombor pendaftaran pertubuhan PPM-004-10-01042017.

Mesyuarat Agung Pertama diadakan pada 21 April 2017.

Diharapkan dengan usaha penubuhan MRTSA ini dapat :

  • Membantu dan menyumbang didalam usaha bagi mengurangkan kadar kemalangan jalanraya dan pengangkutan
  • Mempertingkatkan tahap kesedaran seterusnya menjadikan keselamatan jalanraya dan pengangkutan sebagai budaya rakyat di Malaysia.

Ahli MRTSA terdiri dari mereka yang berpengalaman luas di dalam Keselamatan Jalanraya dan Pengangkutan dari seluruh Malaysia seperti berikut :

  • Wakil dari pelbagai industri dan sektor pekerjaan.
  • Mempunyai Kepakaran didalam pelbagai jenis kenderaan dan pengangkutan darat.
  • Pengamal Keselamatan Jalanraya dan Pengangkutan.
  • Pegawai Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.
  • Jurulatih Keselamatan Jalanraya dan Pengangkutan.
  • Pengubal Modul dan Program Latihan berkaitan Keselamatan Jalanraya dan Pengangkutan.
  • Pengubal Standard dan Juruaudit berkaitan Keselamatan Jalanraya dan Pengangkutan.
  • Ahli majlis berkaitan Keselamatan Jalanraya dan Pengangkutan.